Friday 17 April 2015

ISU-ISU KERUNTUHAN MORAL DAN AKHLAK


PENAGIHAN DADAH

Penagihan dadah bermaksud penyalahgunaan dadah dengan tujuan yang salah terutama jika penggunaannya menjejaskan urat saraf. Dadah dapat diistilahkan sebagai sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental), jasmani(fizikal) dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila menggunakannya. Antara jenis dadah yang dikenal pasti ialah heroin, morfin, ganja, kokain, kanabis dan sebagainya.


PEMBUANGAN BAYI

Pembuangan bayi merupakan tindakan yang dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Perasaan malu, sedih dan buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah,maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi jalan pintas untuk menutup segala keaiban yang telah dilakukan.

PERLUMBAAN HARAM

Isu samseng jalanan iaitu aktiviti perlumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai 'Mat Rempit'. Mat Rempit biasanya menggunakan motor kapcai atau skuter untuk perlawanan mereka. Minah Rempit merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit.


RASUAH

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan diri sendiri. Pemberian dan penerimaan suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara.

PERGAULAN BEBAS

Pergaulan bebas ialah hubungan seks yang melibatkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina tergolong dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama. Selain perkataan seks bebas, sumbang mahram, zina dan liwat juga membawa maksud hubungan seksual yang ditegah oleh hukum syarak.  

No comments:

Post a Comment