Friday 17 April 2015

Sumbangan Tamadun Islam, India , Barat, dan Cina Terhadap Tamadun Melayu...


Sistem Pendidikan di Malaysia...


Sistem pendidikan merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem pendidikan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, tetapi ia juga merupakan saluran penyampaian maklumat kepada masyarakat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang mementingkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik, agama, keturunan, warna kulit, bahasa, budaya, kepercayaan, dan adat resam yang tersendiri. Malaysia juga merupakan satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat yang hidup sebagai masyarakat majmuk. 

Selain itu, melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, hormat-menghormati, bertoleransi, dan aspek-aspek moral diterapkan dalam diri remaja supaya dapat melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, dan bersifat patriotik. Hal ini penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sistem pendidikan yang terbaik adalah sistem pendidikan yang merangkumi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem pendidikan tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan seseorang individu sehingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara. Tambahan pula, sistem pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk insan yang berakhlak mulia. 

Kerajaan telah memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan kepada rakyat Malaysia supaya mereka menjadikan dasar ini sebagai pegangan hidup mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Hal ini telah menyebabkan sistem pendidikan telah menjadi sebagai salah satu alat untuk mencapai perpaduan di Malaysia.


ISU-ISU KERUNTUHAN MORAL DAN AKHLAK


PENAGIHAN DADAH

Penagihan dadah bermaksud penyalahgunaan dadah dengan tujuan yang salah terutama jika penggunaannya menjejaskan urat saraf. Dadah dapat diistilahkan sebagai sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental), jasmani(fizikal) dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila menggunakannya. Antara jenis dadah yang dikenal pasti ialah heroin, morfin, ganja, kokain, kanabis dan sebagainya.


PEMBUANGAN BAYI

Pembuangan bayi merupakan tindakan yang dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Perasaan malu, sedih dan buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah,maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi jalan pintas untuk menutup segala keaiban yang telah dilakukan.

PERLUMBAAN HARAM

Isu samseng jalanan iaitu aktiviti perlumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai 'Mat Rempit'. Mat Rempit biasanya menggunakan motor kapcai atau skuter untuk perlawanan mereka. Minah Rempit merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit.


RASUAH

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan diri sendiri. Pemberian dan penerimaan suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara.

PERGAULAN BEBAS

Pergaulan bebas ialah hubungan seks yang melibatkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina tergolong dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama. Selain perkataan seks bebas, sumbang mahram, zina dan liwat juga membawa maksud hubungan seksual yang ditegah oleh hukum syarak.  

Motivasi Pekerja...


Add caption
Motivasi merupakan suatu proses yang menggalakkan para pekerja supaya memberi sumbangan tenaga dan masa bagi mencapai matlamat-matlamat sesebuah organisasi. Menurut Abraham Maslow, penggerak kepada motivasi seseorang ialah kehendak manusia untuk memenuhi lima keperluan dalam kehidupan iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan kehormatan diri, dan keperluan perkembangan diri. Kaunselor sesebuah organisasi mesti memberi motivasi kepada para pekerja untuk menyedarkan dan memupuk semangat untuk bekerja tanpa rasa jemu bagi mencapai matlamat organisasi. Terdapat beberapa kesan motivasi kepada para pekerja iaitu meningkatkan komitmen dalam organisasi, meningkatkan prestasi kerja, dan meningkatkan kualiti kerja.


Dari segi meningkatkan komitmen dalam organisasi, komitmen merupakan ikatan psikologi yang melibatkan sikap dan identiti seseorang pekerja dalam sesebuah organisasi. Aspek komitmen adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi dan kepentingannya boleh dikaitkan dengan tiga faktor iaitu keyakinan dan penerimaan yang tidak berbelah terhadap objektif dan matlamat organisasi, kesanggupan kakitangan organisasi menyumbangkan segala tenaga dan raga untuk kemajuan organisasi, dan keinginan yang kuat untuk memelihara keahlian dalam organisasi. 

Seterusnya, dari segi meningkatkan prestasi kerja, setiap motivasi yang disampaikan oleh kaunselor kepada para pekerja dalam sesebuah organisasi mampu meningkatkan prestasi kerja. Hal ini demikian kerana kaunselor banyak menumpukan kepada perkembangan klien dan para pekerja berbanding pengurus yang mengutamakan pengurusan organisasi semata-mata tanpa memahami kehendak pekerjanya secara mendalam. 

Dari segi meningkatkan kualiti kerja, motivasi memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti kerja. Peningkatan kualiti kerja merujuk kepada meningkatkan usaha yang sedia ada kepada suatu tahap yang lebih baik. Hal ini demikian kerana ruang bagi meningkatkan kualiti kerja sentiasa terbuka selaras dengan perubahan persekitaran, pengetahuan, dan teknologi. 


Secara kesimpulannya, motivasi merupakan elemen yang penting dalam sesebuah organisasi kerana motivasi dapat meningkatkan semangat para pekerja untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat atau objektif organisasi.


Sumber Dokumen Perakaunan...


INVOIS

  • Setelah penjual menerima pesanan belian daripada pembeli, penjual akan menghantar barang niaga kepada pembeli bersama dengan nota serahan.
  • Pembeli akan menyemak barang niaga yang diterima dengan nota serahan dan menandatanganinya.
  • Penjual pula akan menyediakan invois berdasarkan nota serahan yang disahkan oleh pembeli.
  • Invois merupakan dokumen perniagaan yang penting dalam urus niaga jual beli secara kredit.
  • Invois disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan.
  • Invois adalah dokumen penting yang digunakan sebagai sumber rekod perakaunan. Pembeli merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Belian manakala penjual merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Jualan.

  • Maklumat penting yang terdapat dalam invois ialah:
         -Nama dan alamat penjual
         -Nama dan alamat pembeli
         -Tarikh invois disediakan
         -Nombor invois, butir, kuantiti, harga seunit dan jumlah


NOTA KREDIT

  • Nota Kredit merupakan dokumen yang dihantar untuk mengurangkan hutang pembeli.
  • Dokumen ini akan dihantar apabila pembeli memulangkan bekas kosong, pembeli memulangkan barang kerana rosak atau silap jenama dan jika ada kesilapan dalam pengiraan invois.
  • Nota Kredit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
  • Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.


NOTA DEBIT

  • Nota Debit merupakan dokumen yang digunakan untuk menambahkan hutang pembeli kerana mungkin invois yang dihantar terkurang catat.
  • Nota Debit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
  • Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.














Perbezaan antara Simpan Kira dan Perakaunan...


Simpan kira...
Perakaunan...
Simpan kira merupakan peringkat awal dalam proses perakaunan.
Perakaunan merupakan proses perekodan maklumat akaun yang seterusnya.
Simpan kira ialah merekod urus niaga dengan teratur dan tepat secara sistem catatan berguna.
Perakaunan meliputi proses merekod, mendaftar, mengklasifikasikan dan menganalisa.
Ia merupakan satu aspek kecil dalam proses perakaunan.
Ia merangkumi bidang yang lebih luas.
Penyimpanan simpan kira ialah satu proses yang mekanikal dan rutin.
Penyediaan perakaunan adalah lebih rumit dan memerlukan pengetahuan yang profesional.



Pengauditan...

Dalam sesebuah ekonomi, terutamanya ekonomi hari ini, pelaburan dalam bidang perindustrian memainkan peranan yang amat penting. Untuk sebuah organisasi perniagaan yang besar, modal perniagaannya diterima daripada para pelabur yang datang daripada berbagai-bagai golongan dan lapisan masyarakat di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Organisasi seperti ini juga mempunyai cawangan perniagaannya di tempat lain yang berjauhan. Dalam situasi seperti ini penyata dan laporan kewangan merupakan satu cara komunikasi yang paling berkesan antara kedua-dua belah pihak, iaitu pelabur dan entiti. 


Para pelabur tidak akan dapat melihat sendiri bagaimana modal yang mereka amanahkan ke dalam organisasi ini diperniagakan. Jadi mereka akan bergantung sepenuhnya pada penyata kewangan tahunan yang akan memberikan maklumat sama ada modal pelaburan mereka digunakan dengan betul, cekap dan menguntungkan atau sebaliknya. Begitu juga dengan pihak pengurusan yang sentiasa bergantung pada laporan kewangan dan bentuk komunikasi lain yang memberikan maklumat ekonomi untuk tujuan mengurus dan mengawal modal yang dilaburkan di dalam organisasi mereka.

Bagi pihak kerajaan pula, maklumat tentang aktiviti-aktiviti kewangan amat diperlukan untuk beberapa tujuan tertentu. Pertama, sebahagian besar sumber pendapatan kerajaan diperoleh daripada cukai pendapatan yang dikutip daripada syarikat. Keupayaan kerajaan membelanjakan wang negara untuk tujuan pembangunan bergantung pada kewujudan sumber kewangan. Laporan kewangan tahunan dapat menunjukkan jumlah pendapatan yang boleh dicukai. Kedua, kerajaan memerlukan maklumat seperti ini untuk mengetahui setakat mana hasil daripada aktiviti perniagaan telah membantu menambahkan lagi hasil keluaran negara kasar. Oleh itu, kerajaan perlu mengawal dan menguasai pertumbuhan perniagaan dan perdagangan di dalam negara untuk menentukan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang. Seterusnya, dasar negara untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi bergantung pada ukuran kuantitatif aktiviti-aktiviti perniagaan seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangan.

Secara ringkasnya, penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata aliran tunai serta nota kepada perakaunan, bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang hasil pengendalian syarikat untuk tempoh perakaunan dan kedudukan kewangan pada tarikh akhir tempoh tersebut. Maklumat kewangan itu diperlukan oleh pengguna yang berikut:

(a) Pengurus syarikat. 
(b) Para pelabur. 
(c) Pemiutang. 
(d) Para pekerja. 
(e) Pihak kerajaan.
(f) Para pengguna lain.

Memandangkan pentingnya peranan yang dimainkan oleh laporan kewangan, seperti yang dinyatakan di atas, piawaian perakaunan yang sesuai dan cara laporan yang berkesan amat diperlukan untuk mencapai tujuan tersebut.